Gaya tulisan cina
Terdapat pelbagai gaya, atau skrip, dalam penulisan aksara Cina yang berasal daripada pelbagai model kaligrafi dan sejarah. Kebanyakannya berasal dari China dan kini kerap digunakan, dengan perubahan kecil, di kesemua negara di mana aksara Cina digunakan. Aksara-aksara ini digunakan sejak lebih 3,000 tahun dahulu.

Skrip-skrip yang kerap digunakan masa kini ialah "Skrip Kerani" (Cina Ringkas: 隶书; Cina Tradisional: 隸書; pinyin: lìshū) yang laris sejak Dinasti Qin hingga Dinasti Han, Weibei (Cina: 魏碑; pinyin: wèibēi), "Skrip Biasa" (Cina Ringkas: 楷书; Cina Tradisional: 楷書; pinyin: kǎishū) yang banyak digunakan untuk pencetakan, dan "Skrip Separa Kursif" (Cina Ringkas: 行书; Cina Tradisional: 行書; pinyin: xíngshū) yang banyak digunakan untuk penulisan.
Skrip Kursif (Cina Ringkas: 草书; Cina Tradisional: 草書; pinyin: cǎoshū, "skrip rumput") tidak digunakan secara meluas, dan merupakan gaya kaligrafi yang penuh kesenian. bentuk-bentuk aksara asas ditunjukkan, dan bukannya direalisasikan dengan jelas, dan penyingkatannya disifatkan sebagai ekstrem. Meskipun bentuknya kursif sampai strok-strok individu tidak dapat dibezakan lagidan hasil penulisannya sukar dibaca oleh sesiapa yang tidak terlatih, skirp ini amat dihargai kerana keindahan dan kebebasan yang terangkum dalamnya. Sesetengah aksara Cina Mudah yang digunakan di Republik Rakyat China, dan sesentengah aksara dipermudah di Jepun, berasaskan Skrip Kursif ini. Hiragana Jepun juga berasaskan skrip ini.
Terdapat juga gaya kaligrafi yang direka di luar China, seperti gaya Edomoji di Jepun; skrip-skrip sedemikian selalunya terhad penggunaannya dalam negara asalnya dan tidak disebarkan ke negara lain seperti mana yang dilalui skrip-skrip piawai di atas.
Purba | Skrip cap mohor | Moden Tradisional | Mudah | Pinyin | Makna |
![]() | ![]() | 人 | — | rén | manusia |
![]() | ![]() | 女 | — | nǚ | wanita |
![]() | ![]() | 子 | — | zǐ | anak |
![]() | ![]() | 日 | — | rì | matahari |
![]() | ![]() | 月 | — | yuè | bulan |
![]() | ![]() | 山 | — | shān | gunung |
![]() | ![]() | 川 | — | chuān | sungai |
![]() | ![]() | 水 | — | shuǐ | air |
![]() | ![]() | 雨 | — | yǔ | hujan |
![]() | ![]() | 竹 | — | zhú | buluh |
![]() | ![]() | 木 | — | mù | pokok |
![]() | ![]() | 馬 | 马 | mǎ | kuda |
![]() | ![]() | 鳥 | 鸟 | niǎo | burung |
![]() | ![]() | 龜 | 龟 | guī | penyu |
![]() | ![]() | 龍 | 龙 | lóng | naga |
No comments:
Post a Comment